Saturday 9 May 2015

ENTRI 9 BAHAN ANTIOKSIDA DAN SUPERFRUIT

Entri 9  BAHAN ANTIOKSIDA DAN SUPERFRUIT

Teks  : Ooi Soo Nim


Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi beribu-ribu fitokimia yang cenderung untuk saling  bertindak dalam berbagi cara untuk mencegah berbagai penyakit di samping untuk meningkatkan kesihatan.Memakan berbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk memanfaatkan saling tindkan kompleks ini.


Hasil pelbagai kajian mrnunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dn sayur-sayuran mampu menguragkan risiko penyakait kronik.Secara aamnya, buah-buhan dan sayur-sayuran yang padat dengan pelbagai khasiat tanpa kalori.Di samping itu,ia juga sumber bahan antioksida yang kaya.


Bahan antioksida adalah bahan ataupun nutrein dalam makanan kita yang boleh mencegah atau melambatkan kerosakan oksidaan kepada tubuh kita.Oksigen adalah asas kehidupan.Oksigen merupakan nutrien yang paling penting,yang di perlukan oleh setiap sel,untuk melepaskan tenaga di dalam makanan yang menjalankan semua proses badan.Dalam tindak balas biokimia yang biasa.,oksigen boleh jadi tidak stabil dan mampu "mengoksidakan" molekul-molekul bersebelahan,yang menyebabkan kerosakan sel.Dikenali sebagai radikal pengoksidanan bebas ,sisa tubuh ini perlu dilumpuhkan untuk mengurankan kerosakan tersebut.


Ahli-sains  percaya bahawa bahan antioksida membantu mencegah dan meredakan tekanan akibat aktiviti radikal-radikal bebas.Bahan antioksida yang utama adalah vitamin A,C dan E dan beta karotenapelopor vitamin A-,Flavanoids di samping mineral-mineral bahan antioksida  seperti zink dan selenium.Ini terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta pelbagain kacang dan bijian.


Pemakanan yang tinggi dalam makanan yang kaya dengan bahan antioksida,seperti buah-buahan dan sayur-sayuran,memberikan perlindungan yang ketara terhadap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan usia.Malah kepentingan makanan yang seimbang,dengan buah-buahan , sayur-sayuran dan kacang serta bijian yang mencukupi,adalah cara terbaik memperoleh keperluan bahan antioksida bagi tubuh.5 hingga 7 hidangan buah-buahan,sayur-sayuran setiap hari adalah disyorkan,


Vitamin C adalah salah satu nutrien penting-yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh,jadi kita perlu memakan makanan yan mengandunginya.Oleh kerana tubuh menguraikan Vitamin C dengan cepat dan jumlah yang disimpan agak sedikit,kita perlu makan makanan dengan kandungan  Vitamin C secara tetap,seelok-eloknya setiap hari.dalam manusia <vitamin C adalah bahan antioksida yang  amat berkesan dan penting bagi perkembangan dan penyelenggaraan tisu parut,salur darah dan rawan.


Bauh-buahan yang padat dengan vitamin C adalah buah anggur hitam (blackcurrant),jambu batu,betik,lemon,tembikai,oren dan beri.Kanak-kanak dan orang dewasa digalakkan memakan buah-buhan yang kaya dalam vitamin C untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ceria.Karotenoid dan vitamin A menmaikan peranan yang penting di antaranya dalam penglihatan,daya ketahanan,kesihatan kulit dan aktiviti-aktiviti bahan antioksida.



Flavonoid merupakan keluarga sebatian yang disintesiskan oleh tumbuhan-tumbuhan dengan struktur kimia yang sama.Selain sifat-sifat antioksidanya,pengambilan makanan yang kaya dengan flavanoid dalam jumlah yang besaar telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular Flavonoid seperti antosianidin lazimnya didapati dalam beri ungu,merah dan biru,anggur merah dan ungu dan buah epal.


Zink dan Selenium adalah bahan antioksida dan terkangung dalam kacang seperti badam,walnut,  kacang hazel,kacang tanah,pistasio,kacang pain,bijian seperti biji labu,biji bunga matahari dan makanan laut.

Memang benar buah-buahan kaya dalam nutrien dan penting untuk kesihatan kita tetapi sejak kebelakangan ini,perkataan 'superfruit' telah digunakan oleh industri makanan untuk merujuk kepada buah-buhan yang lebuh kaya dalam nutrien terutamanya  dalam kandungan Vitamin C dan antioksida.Diantaranya buah anggur hitam (blackcurrants) ,beri biru,manggis,noni,buah delima dan kranberi  dikumpulka bawah definisi 'superfruit' ini.


Sampai disini dulu coretan kali ini.semoga bertemu lagi di lain waktu.



Thursday 7 May 2015

ENTRI 8 CEGAH DIABETIS HIDUP SIHAT

Entri 8
Teks  : Ooi Soo Nim

Salam sejahtera pembuka bicara,semoga kalian sihat hendaknya.Berjumpa lagi pada coretan kali ini ,Disini saya akan membicarakan tentang Diabetis (Kencing Manis).Diabetis adalah kandungan gula berlehihan dalam darah.Penyakit ini adalah kegagalan insurin di dalam pankreas.Insurin adalah takat glukos dalam darah.

Dalam penyakit ini ,mungkin insurin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tindakan insurin kurang berkesan.Dengan itu glukos mengumpul di dalam darah secara berlebihan.

Ada 3 jeis Diabetis iaitu:

 Jenis 1 :

-Terjadi di kalamgan kanak-kanak  atau remaja.
-Hanya boleh dikawal dengan suntikan insurin,kawalan pemakanan dan senaman.

Jenis 2 :

-Selalu berlaku dikalangan orang dewasa berumur  40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
-Biasanya boleh dikawal dengan pamakanan dan senaman atau dengan gabungan pemakanan
-Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit diabetis.

Jenis  3 :

-Keadaan ini adalah sememtara.
-Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.

Gejala  Diabetis   :


* Lemah Badan dan Letih
* Selalu Lapar
* Dahaga Yang Keterlaluan
* Penglihatan Kabur
* Kerap Buang Air  Kecil
* Kebas Pada Kaki Dan Tangan
* Luka dan Kudis Lambat Sembuh
* Susut Berat Badan


Peyakit diabetis ini sebenarnya berbahaya sekiranya tidak dikawal dan boleh menyebabkan

* Penyakit Buah Pinggang
* Serangan Jantung
* Kebutaan
* Koma atau Tidak Sedarkan Diri
* Tekanan Drah Tinggi
* Strok(Angin Ahmar)
* Penyakit Saraf
* Gangren(tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki di potong

Faktor Risiko  yang diakibatkan dari penyakit ini 

# Sejarah Keluarga Yang Mengidap diabetis
Jika salah seorang daripada ibubapa atau adik  beradik mengidap diabetis,kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.


# Berat Badan Yang Berlebihan
Diabetis kerap berlaku dikalangan  mereka yang berlebihan berat badan atau obes

# Tidak Aktif Secara Fizikal
Mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetis

# Mengamal Pemakanan Yang Tidak Sihat
Mengambil pemakana yang banyak lemak dan gula,serta pengambilan serat yang  tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetis

# Umur
Umur yang meningkat


Penyakit Diabetis tak dapat disembuhkan.Ia hanya boleh dikawal dengan :-

>  Mengawal Pemakanan

>  Bersenam Setiap Hari

>Mengambil Ubat / Insurin Mengikut Jadual

>Mengekalkan Berat Badan Unggul Iaitu Indeks Jisim Badan (BMI) antara  18.5 dan 23.0kg/m2

Formula Pengiraan


                                   Berat Badan (kg)
                   BMI  =  ---------------------
                                   Tinggi(m) x Tinggi (m)


Kita perlu tahu kadar gula dalam darah untuk memastikan  adakah penyakit diabetis dalam keadaan yang terkawal.Maklumat yang kita perolehi boleh membantu kita dalam pengawalan pemakanan,senaman dan ubat-ubatan.


Kita boleh menguji glukosa darah pada waktu-waktu berbeza sepanjang hari contohnya sebelum sarapan,makan tengahari atau makan malam.

Kawalan Diabetis yang baik adalah : -

 Sebelum Sarapan                                                        4.4-6.1 mmol/L
2 jam selepas makan secara rawak (bila-bila)             4.4-8.0 mmol/L




Sampai disini dulu coretan saya pada kali ini,semoga jumpa lagi.







ENTRI 7 CATATAN HARIAN

Entri 7 : Catatan Harian
05.05.2015 (Selasa)

Teks : Ooi Soo Nim

Selamat Pagi semua berjumpa kembali dalam sesi  catatan harian.Lazimnya setiap agi saya bangun awal lebih kurang pukul 5 pagi.Setelah bangun saya mandi dan kemudian saya masak nasi,kerana setiap pagi saya masak dan jarang beli dari luar.

Pagi ini agak sibuk kerana ada temujanji di hospital besar kuala krai.Setelah selesai masak saya mandi lagi dan lebih kurang pukul 8.30pagi saya menaiki motosikal sendirian ke hospital.Setiba di sana saya masuk parkin dan selepas itu terus ke derparment yang tercatat dalam surat tersebut.

Setiba di kaunter saya terus hulurkan surat tersebut kepada pegawai yang bertugas.Lebih kurang 15 minit kemudian saya dipanggil intuk buat ultrasound.Agak lama juga pemeriksaan di jalankan.Setelah selesai saya disuruh tunggu di luar untuk ambil keputusannya.

Lebih kurang 20 minit saya diberi sampul surat didalamnya ada keputusannya dan disuruh ambil untuk berjumpa dgn doktor ynag merawat saya tempoh hari.

Setelah ambil surat tersebut saya terus meninggalkan hospital dan menuju ke pasar besar Kuala Krai untuk mengalas perut sebab dari pagi perut ini belum di isi.Disana saya makan di warung belakang pasar bersama-sama teman lama yang sudah  agak lama tak berjumpa.Selepas makan kami menuju hala masing-masing.

Lebih kurang pukul 1 saya tiba di rumah,sesampai di rumah anak saya telah pulang dari kerja ,kerana dia nak menemani kakak saudara dia pergi ke airport.Pukul 2 saya  berehat sambil menonoton tv.Pukul 4 petang saya keluar lagi untuk ke rumah saudara suami saya untuk bawa dia ke rumah tukang urut kerana dia sakit perut.


Pukul 5 saya dah tiba dirumah.Saya rehat  sambil buat apa yang patut.pukul 7 malam tonton tv lagi hingga pukul 8.Selepas itu mandi dan keluar rumah lagi bersama suami dan anak,kami pergi makan roti canai bersama bapa saudara suami.

Itu saja catatan harian pada kali ini ,semoga dapat bertemu lagi di coretan akan datang .Sekian

Monday 4 May 2015

ENTRI 6 TIP MENABUNG SECARA DRASTIK

 Entri 6 : Tip Menabung Secara Drastik

Teks  : Ooi Soo Nim

Selamat Malam semua.


Malam ini saya akan kongsikan 4 tip agar kita dapat menabung.Mungkin selama ini kita terlalu boros sehingga langsung tidak mempunyai sebarang wang simpanan.Namun kita boleh lakukan beberapa tindakan drastik untuk menyimpan.Berikut beberapa tip mudah yang boleh kita lakukan:


1.)Hapuskan Penggunaan Kad Kredit

 Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan mengurangkan tabungan secara drastik.Dengan penggunaan kad kredit secara tidak berdisplin menyebabkan kita telah membuang ratusan ringgit untuk membayar bunga dan pembiyaan kad kredit setiap tahun.

Tanpa kita sedari,wang bunga atau faedah yang kita bayar kepada pihak bank yang memberikan kemudahan kredit kepada kita membolehkan kita gunakan untuk pergi bercuti.Bukan tidak boleh gunakan kad kredit tetapi cara paling efektif ialah dengan menjelaskan hutang setiap bulan. Namun  kita harus berdisplin ketika melunaskan hutang setiap bulan,tepat pada waktunya.

buatlah suatu perancangan,tetapkan sasaran berapa yang boleh kita bayar setiap bulan,pastikan kita turut menyimpan wang untuk tabungan dan jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.


2.)Berjimat Belanja Harian

Belilah barang yang benar-benar nak guna,Masaklah sendiri makanan kita,hadkan makan di restoran.

 3.)Asingkan Wang kecil

Simpanlah wang syiling dalam tabung dari letak merata-rata tempat, kalau dikumpulkan dalam tabung jumlahnya boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit.Kata pepatah "sedikit-sedikit lama - lama menjadi bukit.Oleh yang demikian kita tak boleh pandang sebelah mata wang syiling kita,Tiada wang syiling,tiadalah wang ringgit.


4.)Cari Pendapatan Tambahan

Carilah kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan,mungkin ada hobi kita yang  ternyata dapat menghasilkan wang.Dengan cara ini dapat menambah jumlah tabungan kita.


Sekian serba sedikit Tip yang boleh kita praktikan,semoga mendapat manfaat.

Sunday 3 May 2015

Entri 5 Bayi Terkena Penyakit Kuning @ jaundis

Entri 5 Bayi Terkena Penyakit Kuning @ Jaundis
Teks  : Ooi Soo Nim



Salam Sejahtera.


Bayi yang menghidapi penyakit kuning @ jaundis boleh dikenali berdasarkan warna kuning yang tampak pada mata dan kulit.Selain itu najisnya mungkin berwarna kuning pucat atau putih.


Jika penyakit kuning tampak di muka ia dikatakan tahap biasa,kalau ia turut kelihatan di bahagian badan dan paha maka ia dianggap sebagai serius dan perlu rawatan segera.


Pada asasnya jaundis ini bukanlah satu masalah kesihatan bayi yang kritikal.Bagaimanapun jika tidak dirawat  segera,terutama jaundis pada tahap serius,boleh membawa kepada masalah kesihatan lain yang lebih keronik serta boleh membawa maut.

Warna kuning pada mata dan kulit adalah disebabkan peningkatan paras kandungan 'bilirubin' di dalam sistem darah.Bilirubin ialah sel darah merah lama.Peningkatanya adalah akibat ketidakseimbangan di antara proses pengeluaran dan penyingkiran sel darah  ini di dalam badan bayi menerusi air kencing atau najis.


Ketika di dalam kandungan,tubuh  ibu  akan menyingkirkan bilirubin,tetapi setelah dilahirkan,bayi itu sendiri akan mengeluarkannya.


Bagaimanapun,organ tubuh  bayi yang belum matang memungkinkan proses penyingkiran bilirubin tidak berlaku sebagaimana sepatutnya,sekaligus meningkatkan tahap bilirubin di dalam tubuh mereka.


Kekurangaan air di dalam badan juga menyebabkan kemungkinan bayi tidak dapat mengeluarkan sel darah merah lama menerusi air kencing dan  najis sebagaimana sepatutnya.


Kebanyakan bayi berkemungkinan terkena jaundis pada minggu pertama dilahirkan.Dalam tempoh seminggu biasanya jaundis akan berkurangan dan hilang jika bayi berkenaan sihat dan terus menyusu.


Ibu mesti terus menyusukan bayi agar jaundis segera hilang .Kalau tidak jaundis mungkin akan berulang dalam tempoh 10 hari hingga 14 hari.


Bagaimanapun jika ada tanda jaundis pada tahap serius ,rawatan segera mesti diberikan.Ini kerana jaundis yang serius boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan pekak,malah menyebabkan kematian.


Jaundis pada tahap yang serius perlukan rawatan segera,kerana bilirubin(sel darah merah lama) boleh menembusi otak hanya dalam masa 36jam sahaja.

Perangkaan menunjukkan jaundis dihidapi 60 peratus  bayi yang lahir selepas tempoh matang dalam kandungan dan 80 peratus bayi yang lahir dalam tempoh pramatang dalam kandungan.


Bayi yang berat badannya dibawah paras normal dan lahir menggunakan vakum juga berisiko terkena jaundis.Jika anak terdahulu,terutama anak lelaki,pernah terkena jaundis,bayi yang dilahirkan  kemudian juga berkemungkinan terkena penyakit ini.


Ibu mesti menyusukan bayi secepat mungkin selepas dilahirkan agar jaundis dapat dicegah.Memang ada bayi yang berisiko terkena ' jaundis susu ibu'(breast milk jaundice),tetapi pemberian susu ibu tetap penting.Ini kerana penyusuan  membolehkan bayi membuang najis lebih kerap sehingga 10 kali sehari yang membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.


Tanpa banyak minum atau menyusu,bayi lebih terdedah kepada risiko terkena jaundis.Oleh yang demikaian para ibu harus mengmbil berat tentang jaundis jangan leka kerana ia boleh membawa maut.


Sekian dahulu perkongsian dari saya untuk entri kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.

Thursday 30 April 2015

Entri 4 Rawatan Pegagqa

Teks : Ooi Soo Nim


 Salam sejahtera, dalam sesi kali ini ingin saya menyatakan rawatan pegaga secara alternatif..Pegaga direkodkan sebagai antara 20 herba ubatan terbaik di dunia.selain untuk kecantikan kulit dan paras rupa,kajian saintifik mendapati pegaga sesuai untuk mencegah dan merawat pelbagai masalah kesihatan.

Malahkebaikan pegaga turut di akui di dalam'Malaysian Medical Plants for the Treatment of Cardiovascular Diseases'.Masalah kesihatan yang mampu dicegah dengan daun pegaga Ialah :
                                 
  • Darah Tinggi
Pengidap darah tinggi boleh mengamalkan pegaga sebagai ulam dan boleh menggiling atau di kisar dan di perah dan dicampurkan dengan air kemudian ditapis dan diperah untuk dapatkan airnya dan diminum.

Kencing Manis

Pegaga juga sesuai untuk pengidap krncing manis (diabetis) dijadikan ulam,kalau di gabungkan dengan kunyit,hendaklah ditumbuk,diperahkan airnya dan diminum 3 kali sehari.


Kencing tidak lawas dan gout

Proses pengnyahan sisa toksid dari badan sepatutnya berlaku dengan baik menerusi saluran tertentu,termasuk kencing(urin) dan peluh.Tahap asid dalam badan meningkat akibat dari sumber pemakanan,Pengambilan teh herba atau kordial herba yang dihasilkan daripada pegaga dapat membantu melawaskan pembuagan air kecil,sekaligus melicikan pengnyahan toksid di dalam badan.Pengnyahan toksid di dalam badan menerusi air  kencing dapat membantu meredakan pesakit gout.

Sakit Kepala

untuk mengubati sakit kepala atau pening, daun pegaga perlu di rebus bersama kacang hijau  dan dibiarkan semalaman dalam keadaan terdedah.Kemudian daun pegaga hendak di makan bersama-sama kacang hijau dan air rebusan berkenaan hendaklah diminum.

Lemah Minda

Kajian merekodkanbahawa tablet daripada pegaga mampu meningkatkan kecerdasan minda di kalangan kanak-kanak.Keberkesanannya dapat dilihat selepas 12 minggu pengambilan tablet pegaga  secara berterusan.

                                


Wednesday 29 April 2015

Entri 2 Adakah Buah Pinggang Anda Sihat


Teks : Ooi Soo Nim

Salam Sejahtera bertemu kembali,hari ini saya ingin kongsikan cerita mengenai penyakit  buah pinggang.Penyakit buah pinggang keronik adalah suatu penyakit di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai factor.

Ia boleh diketegorikan kepada 5 peringkat .Peringkat ke 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialysis.Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalanai dialysis di Malaysia pada tahun 2012 dan lebih 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang keronik.

Golongan berisiko tinggi untuk dapat mendapat penyakit ini adalah golongan yang mempunyai :
.Diabetes (kencing manis)
.Tekanan Darah Tinggi
.Kehadiran protein/darah di dalam air    Kencing
.Kerapmemakan ubat-ubatan penahan  sakit/akar-akar kayu/herba/tradisional
.Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
.Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urinary genital
.Batu karang pada system buah pinggang
.Pesakit strok
.Pesakit yang mempuyai masalah jantung
.Dilahirkan dengan hanya  satu ginjal sahaja
.SLE(Systemic Lupus Erythematosus)
Tanda dan gejala penyakit ini :
.Badan berasa mudah letih
.Hilang selera makan,rasa roya dan muntah
.Kerap kencing pd waktu malam
.Bengkak kaki dan muka
.Sukar bernafas
.Gatal seluruh badan
.Pucat
Cara untuk menesan penyakit ini pada peringkat awal adalah :
.Ujian air kencing
.Pemeriksaan tekanan darah
.ujian darah
Kalau penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal kemunkinanan risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan menjadi  teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang,maka pemantauan hendaklah diberi keutamaan kepada individu berisiko tinggi iaitu :
 .Pesakit diabetes (kencing manis)         
 .Pesakit darh tinggi
 .Perokok
 .Mempunyai berat badan yang berlebihan
  .Mempunyai ahli keluarga yang menghidap   penyakit diabetis,darah tinggi dan penyakit buah pinggang
 .Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain

Oleh yang demikian kita patut mengambil langkah-langkah pencegahan dengan :
-Menjalani pemantauan atau saringan kesihatn yang berjadual dan mengawal tekanan darah tinggi
-Mengawal paras gula dan kolesterol dalam  darah
-Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetis  adalah baik.
-Mengamalkan cara hidup sihat
-Memakan secara sihat
_Berhenti merokok
                                                -Bersenam

Tuesday 28 April 2015

Entri 3 Cantikkan Kulit Dan Kekal Awet Muda


Teks  : Ooi Soo Nim

Berjumpa kembali dalam episod kali ini ,cantikkan kulit,kekalkan awet muda dengan pegaga.Sama ada kita tahu atau tidak,hakikatnya pegaga adalah tumbuhan herba yang semakin mendapatp perhatian malahan rebutan di kalangan saintis perubatan serta konglomerat kosmetik antarabangsa.
Pegaga atau nama saitifiknya Centella asiatica adalah daripada family Umbilliferae.daunnya merupakan bahagian yang paling banyak digunakan.Akarnya turut di gunakan dalam perubatan tradisional.
Kita tidak meletakkan harga yang tinggi kepada tumbuhan herba ini memandangkan pegag hanya sebagai tumbuhan lazim yang ditemui di sekitar kediaman dan mudah dpperolehi di pasar basah.
Namun kajian saintifik mengesahkan pegaga  mengandungi sejenis enzim bernilai tinggi,iaitu’tetripenoids’.Enzim ini diakui memberi banyak maafaan kepada rawatam kecantikan dan menjadi bahan asas dalam pembuatan kosmetik serta produk kecantikan kulit dan pencuci muka.
      Enzim ini juga dikatakan sebagai bahan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati barah.Pegaga memang terkenal sebagai minuman penyejuk badan di kalangan masyarakat cina,manakala dalam masyarakat india,ia dikenal sebagai tonik minda. Daun pegaga disahkan amat baik untuk mengekalkan awet muda di kalangan penyelidik tempatan.
Institut Penyelidikan  Perhutanan Malaysia(Frim),pernah membuat tiga ujikaji mendapati daun pegaga mengandungi unsur antioksidan yang tinggi dan menjadikannya sebagai sumber semulajadi untuk kekal tahap kesihatan.Semua penemuan saintifik itu direkodkan oleh Institut berkenaan di dalam buku”Nature’sChoice to Welness”.
Pengambilan  herba ini secara konsisten mampu mengekang kemusnahan tisu dan melindungi sel serta organ daripada rosak.Ini direkodkan oleh Frim daripada kajian itu.Malah kandungan protein didalamnya sudah cukup untuk membolehkan pegaga di gunakan untuk menyapu  pada kulit luaran bagi mencantikkannya.
Pegaga juga pasti mampu mengatasi masalah keputihan(leukorrhea)di kalangan wanita.Frim juga merekodkan duan pegaga amat baik untuk rawatan ibu lepas bersalin,terutama mengembalikan kecantikan asal wanita serta memulih dan menegangkan semula saraf yang kendur akibat proses melahirkan anak.Ini kerana semasa proses melahirkan anak banyak tenaga yang hilang  dan banyak urat saraf halus yang mungkin terputus.
Dari sudut saintifik,pegaga direkodkan mengandungi unsur penegang,antibakteria,antikulat,meningkatkan tahap kesuburan dan anti radang.Justeru penggunaan daunnya setiap hari mampu memusnahkan bahan radikal  bebas di dalam badan dimana boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecantikan.
Tumbuhan herba ini patut di beri nilai tinngi  kerana dibuktikan dengan kajian saintifik mengandungi banyak manfaat,terutama untuk mengekalakan kecantikan dan imej awet muda.
 

Tuesday 21 April 2015

ENTRI PENGENALAN DIRI

Monday,20 april,2015

Teks : Ooi Soo Nim

Salam sejahtera dan salam perkenalan saya hulurkan buat sahabat semua.ini merupakan kali pertama saya menulis blog,rasa seronok dan bercampur berdebar.Agak lama juga saya jadi pemerhati.Tak sangka hari ini saya ,saya juga terlibat dalam dunia blogger.Baiklah saya mulakan dengan sesi pengenalan diri,semoga berjaya sebagai penulis dan memberi manfaat kepada semua pembaca.

 Nama saya ialah Ooi Soo Nim,Merupakan anak kepada pasangan Ooi Jen Kwee dan Tan Mek Bee. Saya dilahikan di Temangan Machang Kelantan.Papa dan Mama saya juga di lahikan di Kelantan.Dibesarkan dalam keluarga yang agak meskin sedikit dan merupakan anak ke tujuh dari lapan adik beradik.

Ayah merupakan seorang pesawah dan mama pun sama menolong papa pada masa itu. Kami tinggal di Temangan di atas tanah waris,kehidupan kami agak susah,saya dan adik yang bongsu terpaksa tinggal dengan emak saudara untuk meneruskan pelajaran kerana papa dan mama berpisah sementara waktu itu.

Saya memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Chung Hwa,Temangan Machang Kelantan.dan berpindah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai,Kuala Krai,Kelantan dan mengambil UPSR di situ.Kemudian saya berpindah ke Sekolah Menengah sultan Yahya Petra untuk meneruskan persekolahan di peringkat menengah.

Sementara memunggu keputusan SPM,saya hanya duduk di rumah aje,tanpa melakukan apa apa.Selepas mendapat keputusan SPM,saya melangkah ke tingkatan Enam rendah di sekolah yang sama.Saya ada melibatkan diri dalam ohlahraga dan mewakili sekolah.,tetapi saya berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah,Kelantan untuk terus menduduki peperiksaan STPM di situ pada taahun 1988.

 Setelah tamat ,saya tidak menerusakn pengjian di peringkat lebih tinggi,cuma berkerja sebagai Kerani biasa di sebuah Syarikat di Kota Bharu.Setahun selepas itu saya mendirikan rumahtangga atas pilihan sendiri,Saya masih berkerja selepas itu.Suami saya melibatkan diri dalam perniagaan borong sayur-sayuran.Lebih kurang 2 tahun kemudian saya berhenti kerja dan mengikut suami berniaga.

Dari situlah bermula pengalaman baru saya kena berdepan dengan berbagai kerenah pelanggan.Dan kami berulang alik dari Gua usang ke Kota Bharu,kadang kadang kami tak sempat duk di rumah kerana kami bertolak dari Kota Bharu pukul dua pagi dan malam baru tiba di Kota Bharu dan seterusnya.banyak pengalaman yang saya harus tempuh bersama suami,kami beberapa kali terlibat dalam kemalangan,nasib kami baik masih dipanjangkan usia.

Sedar tak sedar dah hampir  6 tahun kami berniaga,bisness kita orang ok tapi kami tidak dikurniakan cahaya mata.Akhirnya kita orang mengambil anak angkat .Dan saya berhenti berniaga dan menjaga anak kami,suami masih meneruskan perniagaan sehingga tahun 2002 kami dapat mendirikan sebuah rumah di atas tanah suami dekat Kuala Krai.Kami menduduki rumah itu pada tahun 2004 hingga kini.

Malangnya pada tahun 2010 suami saya disahkan mengidap penyakit buah pinggang keronik dan disahkan untuk dialisis,setahun kemudian dia menjalani pemindahan buah pinggang dan syurkurlah dia kembali sihat hingga kini.Sepanjang dia sakit saya yang menguruskan perniagaan.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perniaggaan dan berhenti pada tahun 2014.Semasa saya di rumah saya mula minat membaca,buku mingguan wanita kerana buku tersebut ada banyak tentang kesihatan dan unsur pengajaran.semenjak itulah saya mula berminat untuk menjadi suri rumah sepanjang masa mungkin kerana dah lama keluar rumah.diwaktu petang saya mula berminat untuk tanam sayur sayuran .Diwaktu lapang minat untukbelajar buat kueh ,dimana saya tidk pernah lakukan sebelum ini,mungkin untuk mengisi masa lapang.

Kadang kadang terasa bosan  juga di rumah,dengan kebosanan itulah saya mula berjinak-jinak dengan facebook,dari situlah saya ada terlihat ebook yang berkaitan denganAkedemi berkerja dari rumah.saya tertarik dan terus nendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi puan Anys Idayu Zakaria.Beberapa hari selepas itu kami terus berhubung.

Semangat saya terus membara untuk tahu dengan lebih terperinci lagi tentang Akedemi Bekerja Dari Rumah,maka saya mengambil keputusan untuk menyertai Akedemi tersebut supaya saya mendapat rujukan dan dapat belajar dengan lebih teratur.Ini kerana dengan menyertai Akedemi ini kita akan diajar cara untuk menghasilkan blog,bisnes online dan juga ilmu penulisan.Ilmu yang membolehkan pendapatan yang dihasilkan walaupun hanya dari rumah.Tambahan pul, ada guru untuk dirujuk dan rakan seperjuangan yang boleh memberi sokongan.Rupa rupanya orang yang saya hubungi tempoh  hari adalah guru yang sangat saya sanjung.

Hati saya mula gembira apabila menyertai  akedemi ini.Tenaga pengajar yang memberi tunjuk ajar dengan penuh sabar dan sopan membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus mencipta blog ,pada mulanya saya rasa amat sukar untuk menghasilkan blog tapi kesabaran cikgu Anys lebih menyakinkan saya untuk terus belajar sehingga saat ini saya dapat menghasilkan satu blog yang tak seberapa ini ,tetapi saya amat gembira walaupun tak sebaik orang lain.Saya puas hati kerana dapat hasilkan juga.inilah yang dicari oleh saya selama ini.Menjadi surirumah yang berdikari,dapat menjana pendapatan dari rumah dan masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan menjaga anak tanpa perlu keluar dari rumah .Terima Kasih cikgu kerana memberikan saya harapan penuh makna.

Begitulah coretan yang dapat saya hasilkan untuk pengenalan diri.Semoga bertemu lagi di post akan datang.Doakan saya terus diberi kesihatan yang baik dan berjaya dan terus berjaya.