Thursday 30 April 2015

Entri 4 Rawatan Pegagqa

Teks : Ooi Soo Nim


 Salam sejahtera, dalam sesi kali ini ingin saya menyatakan rawatan pegaga secara alternatif..Pegaga direkodkan sebagai antara 20 herba ubatan terbaik di dunia.selain untuk kecantikan kulit dan paras rupa,kajian saintifik mendapati pegaga sesuai untuk mencegah dan merawat pelbagai masalah kesihatan.

Malahkebaikan pegaga turut di akui di dalam'Malaysian Medical Plants for the Treatment of Cardiovascular Diseases'.Masalah kesihatan yang mampu dicegah dengan daun pegaga Ialah :
                                 
  • Darah Tinggi
Pengidap darah tinggi boleh mengamalkan pegaga sebagai ulam dan boleh menggiling atau di kisar dan di perah dan dicampurkan dengan air kemudian ditapis dan diperah untuk dapatkan airnya dan diminum.

Kencing Manis

Pegaga juga sesuai untuk pengidap krncing manis (diabetis) dijadikan ulam,kalau di gabungkan dengan kunyit,hendaklah ditumbuk,diperahkan airnya dan diminum 3 kali sehari.


Kencing tidak lawas dan gout

Proses pengnyahan sisa toksid dari badan sepatutnya berlaku dengan baik menerusi saluran tertentu,termasuk kencing(urin) dan peluh.Tahap asid dalam badan meningkat akibat dari sumber pemakanan,Pengambilan teh herba atau kordial herba yang dihasilkan daripada pegaga dapat membantu melawaskan pembuagan air kecil,sekaligus melicikan pengnyahan toksid di dalam badan.Pengnyahan toksid di dalam badan menerusi air  kencing dapat membantu meredakan pesakit gout.

Sakit Kepala

untuk mengubati sakit kepala atau pening, daun pegaga perlu di rebus bersama kacang hijau  dan dibiarkan semalaman dalam keadaan terdedah.Kemudian daun pegaga hendak di makan bersama-sama kacang hijau dan air rebusan berkenaan hendaklah diminum.

Lemah Minda

Kajian merekodkanbahawa tablet daripada pegaga mampu meningkatkan kecerdasan minda di kalangan kanak-kanak.Keberkesanannya dapat dilihat selepas 12 minggu pengambilan tablet pegaga  secara berterusan.

                                


Wednesday 29 April 2015

Entri 2 Adakah Buah Pinggang Anda Sihat


Teks : Ooi Soo Nim

Salam Sejahtera bertemu kembali,hari ini saya ingin kongsikan cerita mengenai penyakit  buah pinggang.Penyakit buah pinggang keronik adalah suatu penyakit di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai factor.

Ia boleh diketegorikan kepada 5 peringkat .Peringkat ke 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialysis.Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalanai dialysis di Malaysia pada tahun 2012 dan lebih 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang keronik.

Golongan berisiko tinggi untuk dapat mendapat penyakit ini adalah golongan yang mempunyai :
.Diabetes (kencing manis)
.Tekanan Darah Tinggi
.Kehadiran protein/darah di dalam air    Kencing
.Kerapmemakan ubat-ubatan penahan  sakit/akar-akar kayu/herba/tradisional
.Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
.Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urinary genital
.Batu karang pada system buah pinggang
.Pesakit strok
.Pesakit yang mempuyai masalah jantung
.Dilahirkan dengan hanya  satu ginjal sahaja
.SLE(Systemic Lupus Erythematosus)
Tanda dan gejala penyakit ini :
.Badan berasa mudah letih
.Hilang selera makan,rasa roya dan muntah
.Kerap kencing pd waktu malam
.Bengkak kaki dan muka
.Sukar bernafas
.Gatal seluruh badan
.Pucat
Cara untuk menesan penyakit ini pada peringkat awal adalah :
.Ujian air kencing
.Pemeriksaan tekanan darah
.ujian darah
Kalau penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal kemunkinanan risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan menjadi  teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang,maka pemantauan hendaklah diberi keutamaan kepada individu berisiko tinggi iaitu :
 .Pesakit diabetes (kencing manis)         
 .Pesakit darh tinggi
 .Perokok
 .Mempunyai berat badan yang berlebihan
  .Mempunyai ahli keluarga yang menghidap   penyakit diabetis,darah tinggi dan penyakit buah pinggang
 .Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain

Oleh yang demikian kita patut mengambil langkah-langkah pencegahan dengan :
-Menjalani pemantauan atau saringan kesihatn yang berjadual dan mengawal tekanan darah tinggi
-Mengawal paras gula dan kolesterol dalam  darah
-Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetis  adalah baik.
-Mengamalkan cara hidup sihat
-Memakan secara sihat
_Berhenti merokok
                                                -Bersenam

Tuesday 28 April 2015

Entri 3 Cantikkan Kulit Dan Kekal Awet Muda


Teks  : Ooi Soo Nim

Berjumpa kembali dalam episod kali ini ,cantikkan kulit,kekalkan awet muda dengan pegaga.Sama ada kita tahu atau tidak,hakikatnya pegaga adalah tumbuhan herba yang semakin mendapatp perhatian malahan rebutan di kalangan saintis perubatan serta konglomerat kosmetik antarabangsa.
Pegaga atau nama saitifiknya Centella asiatica adalah daripada family Umbilliferae.daunnya merupakan bahagian yang paling banyak digunakan.Akarnya turut di gunakan dalam perubatan tradisional.
Kita tidak meletakkan harga yang tinggi kepada tumbuhan herba ini memandangkan pegag hanya sebagai tumbuhan lazim yang ditemui di sekitar kediaman dan mudah dpperolehi di pasar basah.
Namun kajian saintifik mengesahkan pegaga  mengandungi sejenis enzim bernilai tinggi,iaitu’tetripenoids’.Enzim ini diakui memberi banyak maafaan kepada rawatam kecantikan dan menjadi bahan asas dalam pembuatan kosmetik serta produk kecantikan kulit dan pencuci muka.
      Enzim ini juga dikatakan sebagai bahan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati barah.Pegaga memang terkenal sebagai minuman penyejuk badan di kalangan masyarakat cina,manakala dalam masyarakat india,ia dikenal sebagai tonik minda. Daun pegaga disahkan amat baik untuk mengekalkan awet muda di kalangan penyelidik tempatan.
Institut Penyelidikan  Perhutanan Malaysia(Frim),pernah membuat tiga ujikaji mendapati daun pegaga mengandungi unsur antioksidan yang tinggi dan menjadikannya sebagai sumber semulajadi untuk kekal tahap kesihatan.Semua penemuan saintifik itu direkodkan oleh Institut berkenaan di dalam buku”Nature’sChoice to Welness”.
Pengambilan  herba ini secara konsisten mampu mengekang kemusnahan tisu dan melindungi sel serta organ daripada rosak.Ini direkodkan oleh Frim daripada kajian itu.Malah kandungan protein didalamnya sudah cukup untuk membolehkan pegaga di gunakan untuk menyapu  pada kulit luaran bagi mencantikkannya.
Pegaga juga pasti mampu mengatasi masalah keputihan(leukorrhea)di kalangan wanita.Frim juga merekodkan duan pegaga amat baik untuk rawatan ibu lepas bersalin,terutama mengembalikan kecantikan asal wanita serta memulih dan menegangkan semula saraf yang kendur akibat proses melahirkan anak.Ini kerana semasa proses melahirkan anak banyak tenaga yang hilang  dan banyak urat saraf halus yang mungkin terputus.
Dari sudut saintifik,pegaga direkodkan mengandungi unsur penegang,antibakteria,antikulat,meningkatkan tahap kesuburan dan anti radang.Justeru penggunaan daunnya setiap hari mampu memusnahkan bahan radikal  bebas di dalam badan dimana boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecantikan.
Tumbuhan herba ini patut di beri nilai tinngi  kerana dibuktikan dengan kajian saintifik mengandungi banyak manfaat,terutama untuk mengekalakan kecantikan dan imej awet muda.
 

Tuesday 21 April 2015

ENTRI PENGENALAN DIRI

Monday,20 april,2015

Teks : Ooi Soo Nim

Salam sejahtera dan salam perkenalan saya hulurkan buat sahabat semua.ini merupakan kali pertama saya menulis blog,rasa seronok dan bercampur berdebar.Agak lama juga saya jadi pemerhati.Tak sangka hari ini saya ,saya juga terlibat dalam dunia blogger.Baiklah saya mulakan dengan sesi pengenalan diri,semoga berjaya sebagai penulis dan memberi manfaat kepada semua pembaca.

 Nama saya ialah Ooi Soo Nim,Merupakan anak kepada pasangan Ooi Jen Kwee dan Tan Mek Bee. Saya dilahikan di Temangan Machang Kelantan.Papa dan Mama saya juga di lahikan di Kelantan.Dibesarkan dalam keluarga yang agak meskin sedikit dan merupakan anak ke tujuh dari lapan adik beradik.

Ayah merupakan seorang pesawah dan mama pun sama menolong papa pada masa itu. Kami tinggal di Temangan di atas tanah waris,kehidupan kami agak susah,saya dan adik yang bongsu terpaksa tinggal dengan emak saudara untuk meneruskan pelajaran kerana papa dan mama berpisah sementara waktu itu.

Saya memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Chung Hwa,Temangan Machang Kelantan.dan berpindah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai,Kuala Krai,Kelantan dan mengambil UPSR di situ.Kemudian saya berpindah ke Sekolah Menengah sultan Yahya Petra untuk meneruskan persekolahan di peringkat menengah.

Sementara memunggu keputusan SPM,saya hanya duduk di rumah aje,tanpa melakukan apa apa.Selepas mendapat keputusan SPM,saya melangkah ke tingkatan Enam rendah di sekolah yang sama.Saya ada melibatkan diri dalam ohlahraga dan mewakili sekolah.,tetapi saya berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah,Kelantan untuk terus menduduki peperiksaan STPM di situ pada taahun 1988.

 Setelah tamat ,saya tidak menerusakn pengjian di peringkat lebih tinggi,cuma berkerja sebagai Kerani biasa di sebuah Syarikat di Kota Bharu.Setahun selepas itu saya mendirikan rumahtangga atas pilihan sendiri,Saya masih berkerja selepas itu.Suami saya melibatkan diri dalam perniagaan borong sayur-sayuran.Lebih kurang 2 tahun kemudian saya berhenti kerja dan mengikut suami berniaga.

Dari situlah bermula pengalaman baru saya kena berdepan dengan berbagai kerenah pelanggan.Dan kami berulang alik dari Gua usang ke Kota Bharu,kadang kadang kami tak sempat duk di rumah kerana kami bertolak dari Kota Bharu pukul dua pagi dan malam baru tiba di Kota Bharu dan seterusnya.banyak pengalaman yang saya harus tempuh bersama suami,kami beberapa kali terlibat dalam kemalangan,nasib kami baik masih dipanjangkan usia.

Sedar tak sedar dah hampir  6 tahun kami berniaga,bisness kita orang ok tapi kami tidak dikurniakan cahaya mata.Akhirnya kita orang mengambil anak angkat .Dan saya berhenti berniaga dan menjaga anak kami,suami masih meneruskan perniagaan sehingga tahun 2002 kami dapat mendirikan sebuah rumah di atas tanah suami dekat Kuala Krai.Kami menduduki rumah itu pada tahun 2004 hingga kini.

Malangnya pada tahun 2010 suami saya disahkan mengidap penyakit buah pinggang keronik dan disahkan untuk dialisis,setahun kemudian dia menjalani pemindahan buah pinggang dan syurkurlah dia kembali sihat hingga kini.Sepanjang dia sakit saya yang menguruskan perniagaan.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perniaggaan dan berhenti pada tahun 2014.Semasa saya di rumah saya mula minat membaca,buku mingguan wanita kerana buku tersebut ada banyak tentang kesihatan dan unsur pengajaran.semenjak itulah saya mula berminat untuk menjadi suri rumah sepanjang masa mungkin kerana dah lama keluar rumah.diwaktu petang saya mula berminat untuk tanam sayur sayuran .Diwaktu lapang minat untukbelajar buat kueh ,dimana saya tidk pernah lakukan sebelum ini,mungkin untuk mengisi masa lapang.

Kadang kadang terasa bosan  juga di rumah,dengan kebosanan itulah saya mula berjinak-jinak dengan facebook,dari situlah saya ada terlihat ebook yang berkaitan denganAkedemi berkerja dari rumah.saya tertarik dan terus nendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi puan Anys Idayu Zakaria.Beberapa hari selepas itu kami terus berhubung.

Semangat saya terus membara untuk tahu dengan lebih terperinci lagi tentang Akedemi Bekerja Dari Rumah,maka saya mengambil keputusan untuk menyertai Akedemi tersebut supaya saya mendapat rujukan dan dapat belajar dengan lebih teratur.Ini kerana dengan menyertai Akedemi ini kita akan diajar cara untuk menghasilkan blog,bisnes online dan juga ilmu penulisan.Ilmu yang membolehkan pendapatan yang dihasilkan walaupun hanya dari rumah.Tambahan pul, ada guru untuk dirujuk dan rakan seperjuangan yang boleh memberi sokongan.Rupa rupanya orang yang saya hubungi tempoh  hari adalah guru yang sangat saya sanjung.

Hati saya mula gembira apabila menyertai  akedemi ini.Tenaga pengajar yang memberi tunjuk ajar dengan penuh sabar dan sopan membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus mencipta blog ,pada mulanya saya rasa amat sukar untuk menghasilkan blog tapi kesabaran cikgu Anys lebih menyakinkan saya untuk terus belajar sehingga saat ini saya dapat menghasilkan satu blog yang tak seberapa ini ,tetapi saya amat gembira walaupun tak sebaik orang lain.Saya puas hati kerana dapat hasilkan juga.inilah yang dicari oleh saya selama ini.Menjadi surirumah yang berdikari,dapat menjana pendapatan dari rumah dan masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan menjaga anak tanpa perlu keluar dari rumah .Terima Kasih cikgu kerana memberikan saya harapan penuh makna.

Begitulah coretan yang dapat saya hasilkan untuk pengenalan diri.Semoga bertemu lagi di post akan datang.Doakan saya terus diberi kesihatan yang baik dan berjaya dan terus berjaya.