Sunday 3 May 2015

Entri 5 Bayi Terkena Penyakit Kuning @ jaundis

Entri 5 Bayi Terkena Penyakit Kuning @ Jaundis
Teks  : Ooi Soo Nim



Salam Sejahtera.


Bayi yang menghidapi penyakit kuning @ jaundis boleh dikenali berdasarkan warna kuning yang tampak pada mata dan kulit.Selain itu najisnya mungkin berwarna kuning pucat atau putih.


Jika penyakit kuning tampak di muka ia dikatakan tahap biasa,kalau ia turut kelihatan di bahagian badan dan paha maka ia dianggap sebagai serius dan perlu rawatan segera.


Pada asasnya jaundis ini bukanlah satu masalah kesihatan bayi yang kritikal.Bagaimanapun jika tidak dirawat  segera,terutama jaundis pada tahap serius,boleh membawa kepada masalah kesihatan lain yang lebih keronik serta boleh membawa maut.

Warna kuning pada mata dan kulit adalah disebabkan peningkatan paras kandungan 'bilirubin' di dalam sistem darah.Bilirubin ialah sel darah merah lama.Peningkatanya adalah akibat ketidakseimbangan di antara proses pengeluaran dan penyingkiran sel darah  ini di dalam badan bayi menerusi air kencing atau najis.


Ketika di dalam kandungan,tubuh  ibu  akan menyingkirkan bilirubin,tetapi setelah dilahirkan,bayi itu sendiri akan mengeluarkannya.


Bagaimanapun,organ tubuh  bayi yang belum matang memungkinkan proses penyingkiran bilirubin tidak berlaku sebagaimana sepatutnya,sekaligus meningkatkan tahap bilirubin di dalam tubuh mereka.


Kekurangaan air di dalam badan juga menyebabkan kemungkinan bayi tidak dapat mengeluarkan sel darah merah lama menerusi air kencing dan  najis sebagaimana sepatutnya.


Kebanyakan bayi berkemungkinan terkena jaundis pada minggu pertama dilahirkan.Dalam tempoh seminggu biasanya jaundis akan berkurangan dan hilang jika bayi berkenaan sihat dan terus menyusu.


Ibu mesti terus menyusukan bayi agar jaundis segera hilang .Kalau tidak jaundis mungkin akan berulang dalam tempoh 10 hari hingga 14 hari.


Bagaimanapun jika ada tanda jaundis pada tahap serius ,rawatan segera mesti diberikan.Ini kerana jaundis yang serius boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan pekak,malah menyebabkan kematian.


Jaundis pada tahap yang serius perlukan rawatan segera,kerana bilirubin(sel darah merah lama) boleh menembusi otak hanya dalam masa 36jam sahaja.

Perangkaan menunjukkan jaundis dihidapi 60 peratus  bayi yang lahir selepas tempoh matang dalam kandungan dan 80 peratus bayi yang lahir dalam tempoh pramatang dalam kandungan.


Bayi yang berat badannya dibawah paras normal dan lahir menggunakan vakum juga berisiko terkena jaundis.Jika anak terdahulu,terutama anak lelaki,pernah terkena jaundis,bayi yang dilahirkan  kemudian juga berkemungkinan terkena penyakit ini.


Ibu mesti menyusukan bayi secepat mungkin selepas dilahirkan agar jaundis dapat dicegah.Memang ada bayi yang berisiko terkena ' jaundis susu ibu'(breast milk jaundice),tetapi pemberian susu ibu tetap penting.Ini kerana penyusuan  membolehkan bayi membuang najis lebih kerap sehingga 10 kali sehari yang membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.


Tanpa banyak minum atau menyusu,bayi lebih terdedah kepada risiko terkena jaundis.Oleh yang demikaian para ibu harus mengmbil berat tentang jaundis jangan leka kerana ia boleh membawa maut.


Sekian dahulu perkongsian dari saya untuk entri kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.

No comments:

Post a Comment